Kereta Tesla buatan China dieksport ke Korea Selatan buat kali pertama

Cars
24 Jul 2023 • 7:04 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHANGHAI: Tesla Shanghai Gigafactory mula mengeksport kereta Model Y (pacuan roda belakang) keluarannya ke Korea Selatan baru-baru ini, kali pertama kenderaan Tesla buatan China memasuki pasaran negara itu, lapor Xinhua memetik syarikat berkenaan.

Sebelum ini, kenderaan Tesla yang dieksport ke Korea Selatan dihasilkan di kilang Fremont di Amerika Syarikat.

Kilang Shanghai merekodkan jumlah penghantaran global sebanyak 476,500 kenderaan pada separuh pertama (H1) tahun ini, kira-kira dua pertiga daripada jumlah keseluruhan penghantarannya tahun lepas.

Pada masa ini, sebuah kenderaan boleh disiapkan dari barisan pengeluaran dalam masa kurang daripada 40 saat di kilang dan lebih 95 peratus alat ganti kereta boleh dibekalkan secara tempatan.

Selain itu, kilang Shanghai turut mengeksport kenderaan termasuk Model 3 dan Model Y ke Thailand buat kali pertama pada awal tahun ini, menurut syarikat itu.

Data Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM) menunjukkan dalam enam bulan pertama tahun ini, China mengeksport 534,000 unit kenderaan tenaga baharu, melonjak 160 peratus tahun ke tahun. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved