Kereta Toyota C-HR Milik Shuib Dipercayai Hilang

LocalCars
11 Aug 2025 • 1:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kereta Toyota C-HR Milik Shuib Dipercayai Hilang

“Tadi saya ada urusan di Mahkamah Shah Alam. Selepas selesai, kereta Toyota C-HR kuning QLE 9949 sudah tiada.”

Itulah perkongsian pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu, selepas kenderaan miliknya dipercayai hilang hari ini.

Menurut Shuib, kereta berwarna kuning dengan nombor pendaftaran QLE 9949 itu disedari hilang sebaik sahaja beliau selesai menguruskan hal di mahkamah.

Namun, beliau tidak pasti sama ada kenderaan tersebut dicuri, ditunda oleh pihak berkuasa tempatan, atau ditarik oleh pihak bank.

“Tidak pasti sama ada dicuri, ditunda oleh MBSA, atau ditarik oleh pihak bank. Jika ada maklumat, sila maklumkan,” katanya.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan tersebut untuk segera menghubunginya.