
Sebuah kereta Toyota Vios remuk akibat dihempap sekeping besi besar yang jatuh dari tingkat 56 bangunan pembinaan.
Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Jalan Ampang, KL kira-kira 8.45 pagi tadi. Dalam perkongsian yang kini tengah tular di media sosial, dilihat kereta tersebut remuk di bahagian bimbung sementara serpihan binaan itu masih ada di sebelah kenderaan.
Namun begitu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan, tuan kepada kenderaan tersebut dipercayai sedang berada di kedai serbaneka yang berhampiran di kawasan tersebut.
SEMENTARA itu situasi gempar di kawasan Hotel Corus Kuala Lumpur pada pagi ini..Sebuah kereta rosak teruk akibat dihempap sisa sisa pembinaan pic.twitter.com/kwNKH9giBo
— HAZIQ ASYRAF JR (@Haziq_Escobar) January 13, 2023
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen rasa gerun dan bimbang kerana dikatakan kawasan tersebut adalah satu kawasan yang sering dilalui oleh orang awam.






Haihh, bile tengok serpihan binaan tu memang ngeri, tingkat 56 pula tu, habis, kalau min jadi owner kereta tu memang frust.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



