Kerja keras seperti orang muda! PM Anwar tekad angkat martabat Malaysia, jadikan negara contoh

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 9:25 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau terus bekerja keras tanpa mengenal penat lelah demi mengangkat martabat Malaysia sebagai sebuah negara contoh di rantau ini menerusi pentadbiran yang berintegriti serta berteraskan khidmat kepada rakyat.

Menurut beliau, meskipun masih terdapat pelbagai kelemahan dan isu yang belum dapat diselesaikan sepenuhnya, kerajaan akan terus berusaha memperbaiki mutu pentadbiran demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Image from: Kerja keras seperti orang muda! PM Anwar tekad angkat martabat Malaysia, jadikan negara contoh

“Saya mentadbir sebagai orang tua tapi saya kerja macam orang muda… saya kasih pada negeri ini, saya nak angkat martabat, saya nak jadikan Negeri Sembilan dan Malaysia negara contoh di rantau ini tapi kita kena kerja kuat.
“Kita dah buat sedaya upaya kita… cukup? Belum…saya orang pertama yang mengaku, mohon maaf kalau ada apa-apa kekurangan dan kelemahan sebab saya nak supaya negeri ini ditadbir dengan baik,” katanya ketika berucap pada program Grand Finale Jelajah Kekal Harapan di sini, malam ini.

Image from: Kerja keras seperti orang muda! PM Anwar tekad angkat martabat Malaysia, jadikan negara contoh

Image from: Kerja keras seperti orang muda! PM Anwar tekad angkat martabat Malaysia, jadikan negara contoh

Dalam pada itu, Anwar berkata kejayaan sesebuah pentadbiran tidak seharusnya diukur berdasarkan dakwaan mampu menyelesaikan semua masalah, sebaliknya melalui kesungguhan memikul amanah dengan penuh kejujuran, ketelusan dan rasa tanggungjawab terhadap rakyat.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved