‘Hormat peraturan atau berdepan tindakan’

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 6:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Hormat peraturan atau berdepan tindakan’

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap pelarian termasuk warga Rohingya yang cuba menimbulkan ketidaktentraman di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah mengarahkan pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan.

Beliau menegaskan, warga asing yang tidak mempunyai permit sah memasuki negara ini akan didakwa oleh undang-undang.

“Yang tidak ada permit, harus diheret ke Imigresen. Yang ada, itu kita kena bagi amaran.

“Kalau tidak, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan ratusan pelarian Rohingya berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling selepas tiba di ibu negara selepas mereka diusir keluar oleh penduduk tempatan di penempatan mereka di Pulau Pinang.

Anwar berkata, cubaan pelarian untuk berlindung di UNHCR telah menimbulkan kesesakan lalu lintas.

​”Kita tidak boleh benarkan sehingga mengganggu keselamatan penduduk tempatan. Saya juga pesan kepada pihak polis dan Imigresen supaya berhati-hati, tindakan itu supaya jaga, kawal kalau ada wanita, anak-anak, itu boleh.

“Tapi saya fikir kita harus ambil tindakan yang tegas tidak mengizinkan mereka mengambil alih mana-mana tempat dalam negeri ini sewenang-wenangnya tanpa hormat kepada undang-undang,” katanya. – UTUSAN

The post ‘Hormat peraturan atau berdepan tindakan’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved