
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, kebanyakan peluang pekerjaan di negara ini sejak dahulu lagi ada di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Maka tidak hairanlah jika jumlah penduduk di kawasan ini saban tahun semakin meningkat dengan kehadiran anak-anak perantau yang ingin mencari rezeki.
Perkara ini menyebabkan jalan raya di Kuala Lumpur dan Selangor atau nama lainya Lembah Klang juga bertambah sesak terutamanya ketika waktu puncak.
Tunggang motosikal pun sangkut ‘jem’, dah macam bawa kereta
Susulan itu, kebanyakan orang akan memilih untuk menunggang motosikal bagi mengelak kesesakan, namun siapa sangka mereka juga terkadang tidak dapat lari daripada situasi berkenaan.
Begitulah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini yang menunjukkan laluan motosikal di plaza tol sebuah lebuh raya di Kuala Lumpur yang sesak ketika waktu pulang kerja di petang hari.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok lelaki itu (@abejiehk), kelihatan deretan motosikal bersusun panjang dan bergerak secara perlahan-lahan menuju ke laluan keluar daripada lebuh raya ketika waktu puncak.
Realiti balik keje kL #kl #puasa #ramadhan2025 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
Macam orang Malaysia kerja di Singapura, hadap ‘jem’ di Tambak Johor
Situasi yang dipaparkan dalam video terbabit tidak ubah seperti keadaan yang dihadapi oleh rakyat-rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.
Mereka yang menaiki motosikal akan menghadapi kesesakan di Tambak Johor semasa ingin masuk pada awal pagi dan keluar ketika waktu petang.
Namun, perkara itu ditolak tepi oleh mereka memandangkan gaji yang diterima di sana jauh lebih tinggi berbanding di sini disebabkan kadar pertukaran mata wang asing.
Baca Artikel Berkaitan: Kongsi Gaji Lumayan Di Singapura Jadi Trend, Rupanya Ramai Rakyat Malaysia Ingin Kerja Di Sana [Video]
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang tak sangka motosikal pun hadap ‘jem’
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video terbabit.
Segelintir individu mendakwa laluan motosikal di plaza tol lebuh raya berkenaan sememangnya sudah sesak setiap kali waktu balik sejak dahulu lagi.
Menurut mereka, ini kerana laluan motosikal yang ada terlalu sempit dan hanya memuatkan sebuah motosikal sahaja.
Bagaimanapun, ada pula warga TikTok yang tidak menyangka bahawa penunggang motosikal juga terkadang menghadapi kesesakan seperti pemandu kereta.







