Sunway Malls Lancar Kempen Raya EIDisi Manis, Siap Ada Dulang Gergasi & Replika Kuih Muih

12 Mar 2025 • 5:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sedar tak sedar, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 31 Mac atau 1 April ini.

Ketika ini, sudah pasti ramai yang telah melakukan pelbagai persiapan untuk menyambut Syawal seperti membeli baju raya, membuat kuih raya dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun tak kurang juga yang baru merancang untuk ke pusat membeli-belah bagi melakuakan persiapan raya.

Susulan itu, Sunway Malls menyambut kedatangan Hari Raya ini dengan penuh kemeriahan melalui kempen EIDisi Manis.

Kempen yang dilancarkan secara rasmi semalam (11 Mac) di Sunway Putra Mall ini meraikan kepelbagaian kuih-muih tradisional serta semangat kekeluargaan dan kegembiraan ketika Hari Raya Aidilfitri.

Sambutan meriah bertemakan kemanisan

Kami yang dijemput ke sana dapat melihat sendiri bagaimana ruang legar utama Sunway Putra Mall telah dihiasi dengan dekorasi yang menakjubkan termasuk dulang bertingkat gergasi yang dipenuhi dengan pelbagai hidangan manisan raya.

Dekorasi ini bukan sahaja menyerlahkan kekayaan warisan kulinari Malaysia, tetapi juga melambangkan semangat perpaduan dan perayaan.

image is not available

Menggabungkan tradisi dan kemodenan

CEO Sunway Malls, HC Chan berkata, kempen ini menggabungkan unsur budaya dengan sentuhan moden yang memberikan pengalaman bermakna kepada semua lapisan masyarakat.

“Sambutan tahun ini mencerminkan visi kami untuk menghubungkan masa lalu dan masa kini. Kami berharap para pengunjung akan terinspirasi dengan kekayaan tradisi yang dipamerkan,” katanya.

Menambah lagi kemeriahan, Sunway Malls turut bekerjasama dengan HSBC Bank, UOB Bank, Tourism Malaysia, dan Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur dalam menjayakan kempen ini. Tetamu kehormat dari organisasi ini turut menghadiri majlis pelancaran, menekankan kepentingan pelancongan budaya di Malaysia.

image is not available
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Aktiviti Menarik & Ganjaran Istimewa Untuk Pengunjung

Selain dekorasi yang menawan, EIDisi Manis turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung, antaranya:

Persembahan Budaya – Saksikan keindahan tarian tradisional seperti Ketipat Ketipung Dance Performance yang menggabungkan elemen warisan dan moden.

Bengkel Interaktif – Pelajari cara membuat ondeh-ondeh, kuih tradisional berinti gula Melaka.

Paket Raya Eksklusif – Sunway Malls bekerjasama dengan artis tempatan, thatDania, untuk menghasilkan paket Raya edisi khas dengan ilustrasi kuih-muih yang penuh warna.

Cabutan Bertuah EIDisi – Pengunjung yang berbelanja di Sunway Malls dan mengambil bahagian dalam cabutan bertuah berpeluang memenangi hadiah hebat, termasuk Proton e.MAS 7 Prime, Mitsubishi Xpander Base, atau Proton S70 Premium.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen istimewa EIDisi Manis ini, klik [DI SINI].

Terdahulu, netizen memuji dekorasi hiasan di Sunway Putra Mall sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.