Kerja penyelenggaraan waktu malam di Besraya mulai 3 Jun hingga 30 November

5 Jun 2025 • 11:35 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Besraya (M) Sdn Bhd sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual di sepanjang Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) bermula 3 Jun hingga 30 Nov ini.

Menurut kenyataan syarikat konsesi lebuh raya itu, penutupan lorong akan dilakukan secara berperingkat melibatkan kedua-dua arah lebuh raya antara KM0.1 hingga KM21.9, KMB0.0 hingga KMB0.8, KMS0.0 hingga KMS2.2 dan KMP0.0 hingga KMP3.3.

Kerja penyelenggaraan yang melibatkan kerja turapan dan penandaan jalan itu dijadualkan berlangsung pada waktu malam sahaja, iaitu mulai pukul 10 malam hingga 6 pagi setiap hari sepanjang tempoh berkenaan.

“Besraya juga akan memastikan maklumat trafik serta penutupan lorong di lokasi yang terlibat dihebahkan kepada orang ramai secara berterusan melalui papan tanda elektronik di sepanjang lebuh raya.

“Sehubungan itu, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan kerja penyelenggaraan tersebut dilaksanakan dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna.

Besraya turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna lebuh raya, dan sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian Besline di 1-800-88-0999.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved