Kerja Roboh Struktur Penempatan Rohingya Di Hulu Langat Selesai Dua Minggu

LocalPolitics
13 Jun 2026 • 6:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kerja Roboh Struktur Penempatan Rohingya Di Hulu Langat Selesai Dua Minggu

Kerja Roboh Struktur Penempatan Rohingya Di Hulu Langat Selesai Dua Minggu

HULU LANGAT, 13 Jun (Bernama) -- Kerja merobohkan struktur penempatan warga Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Tekali, di sini dijangka mengambil masa selama dua minggu, kata Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata proses perobohan bermula di bahagian belakang kawasan berkenaan yang melibatkan struktur di atas tanah rizab kerajaan dan sebahagian tanah milik persendirian.

Bagaimanapun, beliau bekata bangunan tiga tingkat yang tular di media sosial tidak akan dirobohkan buat masa ini kerana ia dibina sepenuhnya di atas tanah milik persendirian.

“Saya dimaklumkan pemilik tanah memerlukan tempoh kira-kira dua minggu untuk merobohkan struktur setingkat di bahagian belakang kawasan itu, bukannya bangunan yang didakwa sebagai rumah pangsa atau flat tiga tingkat yang tular sebelum ini," katanya apabila dihubungi hari ini.

Baca juga:

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati pemilik tanah berkenaan mula merobohkan sebahagian struktur di penempatan itu sejak 9 pagi tadi dengan menggunakan khidmat dua pekerja serta sebuah jengkaut.

Tinjauan juga mendapati operasi tersebut tidak melibatkan bangunan tiga tingkat yang tular di media sosial. Sementara itu, seorang warga Rohingya yang ditemui di lokasi memaklumkan hanya sebuah keluarga menyewa di bangunan berkenaan sebelum isu berkenaan tular.

Hussein, 31, yang bekerja sebagai tukang rumah berkata beliau pernah menetap di bangunan berkenaan antara 2018 hingga 2020 dengan kadar sewa RM500 sebulan.

"Pada 2020 pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Majlis Daerah Hulu Langat mengarahkan kami berpindah," katanya.