Kerjasama erat pemimpin negeri dan Persekutuan penting untuk rakyat

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 3:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan sangat penting untuk merealisasikan aspirasi rakyat secara menyeluruh.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan Gabungan Rakyat Sabah.

“Pertemuan ini mencerminkan kematangan politik serta iltizam untuk memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara,” katanya.

Anwar turut menekankan kepentingan kestabilan politik sebagai asas pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berharap semangat muafakat ini akan terus menjadi tunjang perpaduan nasional bagi masa depan Malaysia yang lebih baik. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved