Kerjasama Insights Analytics dengan syarikat Australia, PIA perkukuh teknologi air - TA Securities

LocalTechnology
30 Jul 2026 • 2:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerjasama Insights Analytics dengan syarikat Australia, PIA perkukuh teknologi air - TA Securities Image from: Kerjasama Insights Analytics dengan syarikat Australia, PIA perkukuh teknologi air - TA Securities amree30/07/2026 - 14:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 Julai — Kerjasama Insights Analytics Berhad dengan syarikat Australia, Pipeline Inspection & Assessment (PIA) mampu meningkatkan keupayaan infrastruktur teknologi air negara.

 

Menurut TA Securities, penggunaan analisis data bagi menilai keadaan paip secara lebih tepat, dan membantu operator utiliti mengurangkan kos dengan merancang penggantian aset secara berkesan.

 

Firma penyelidikan itu berkata, usaha melibatkan pembangunan teknologi penilaian keadaan paip berasaskan analisis sonar atau gelombang bunyi dengan sokongan sebuah universiti di Australia.

 

"Teknologi ini membolehkan tahap kakisan dalaman paip dinilai Insights Analytics tanpa perlu kerja pengorekan atau memasukkan banyak peralatan ke dalam saluran bawah tanah tersebut," katanya.

 

Ujar TA Securities, kelazimannya penggantian paip yang lama berdasarkan faktor usia semata-mata, sedangkan kajian di luar negara mendapati 50% paip digali itu sebenarnya masih boleh digunakan.

 

Perubahan tersebut sekali gus menunjukkan pendekatan penilaian berasaskan data mampu membantu operator utiliti merancang program penggantian paip dengan lebih tepat dan menjimatkan kos.

 

Insights Analytics_DagangNews2026

 

Selain itu, teknologi PIA turut membolehkan Insights Analytics menganggarkan baki jangka hayat perkhidmatan (RSL) sesuatu paip serta memaparkan tahap risiko melalui sistem pemetaan berwarna.

 

"Usaha ini memudahkan perancangan penyelenggaraan dan peruntukan bagi projek penggantian paip, kerana pendigitalan sektor air di Malaysia masih berada pada peringkat awal," kata TA Securities 

 

Banyak operator utiliti masih bergantung kepada pelan pembinaan lama serta rekod rangkaian paip yang tidak lengkap, sekali gus mengehadkan keberkesanan pengesanan kebocoran dan pengurusan aset.

 

Justeru, Insights Analytics membantu syarikat utiliti menyepadukan data rangkaian paip melalui pusat kawalan miliknya yang menggabungkan pelbagai sistem dalam satu platform secara masa nyata.

 

TA Securities berpandangan, peningkatan penggunaan infrastruktur digital dalam industri air akan mengukuhkan kedudukan kumpulan ini sebagai rakan teknologi strategik kepada operator utiliti.

 

"Ketika ini buku tempahan kumpulan itu kekal stabil pada RM64.5 juta, manakala nilai tender yang sedang dibida berjumlah RM420 juta melibatkan pasaran Sarawak dan Semenanjung Malaysia," katanya.

 

Sehubungan itu, firma penyelidikan berkenaan mengekalkan saranan 'beli' ke atas saham Insights Analytics dengan harga sasaran (TP) RM2.06 sesaham tanpa ada sebarang perubahan unjuran pendapatan.

 

Ia turut melihat kumpulan ini memiliki kelebihan menerusi model perniagaan berasaskan teknologi yang boleh diskalakan serta asas pendapatan berulang dijangka terus berkembang. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved