Kerjasama PN-BN hanya sandiwara, kaburi mata orang Melayu demi kuasa - Muhyiddin

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 4:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerjasama PN-BN hanya sandiwara, kaburi mata orang Melayu demi kuasa - Muhyiddin
Muhyiddin. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.

SHAH ALAM - Kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) hanyalah sandiwara untuk mengaburi mata orang Melayu dan rakyat demi mendapatkan kuasa.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana meskipun BN bercakap berdegar-degar untuk membenamkan Pakatan Harapan (PH) dan disambut dengan senyum simpul oleh PN (Pas), tetapi PH dan BN adalah Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, kedua-dua parti gabungan itu tidak boleh lari walau seinci pun daripada tanggungjawab kolektif (collective responsibility) melaksanakan dasar-dasar yang membebankan rakyat.

"Khususnya kepada UMNO dan BN, jangan tutup segala kelemahan ini dengan menghempap segala kesalahan ke atas bahu orang lain sambil mengaut nikmat sebagai kerajaan.

"Parti itu akhirnya berselindung di bawah selimut penyatuan Ummah dan Melayu untuk meraih sokongan orang Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16

"Bagaimanapun, Bersatu bebas daripada semua sandiwara ini dan bertekad untuk istiqamah dengan matlamat dan dasar perjuangannya membela rakyat serta memajukan negara.

"Walaupun berhadapan dengan cabaran yang bukan sedikit, jiwanya mesti besar," katanya menerusi laman Facebook pada Sabtu.

Tambah Muhyiddin, keadaan kini lebih mencabar kerana Bersatu adalah satu-satunya parti pembangkang tunggal dalam Parlimen Malaysia.

Jelasnya, PH dan BN adalah kerajaan di Persekutuan dan di beberapa negeri.

"Malah, apabila PN mengadakan kerjasama politik dengan BN, PN juga secara tidak langsung telah menjadi parti yang menyokong parti kerajaan. Mampukah Bersatu bertahan dalam menghadapi tentangan daripada parti-parti kerajaan dan pro-kerajaan?

"Bagi saya isunya bukan mampu bertahan, tetapi mesti bertahan kerana kini ada satu kelompangan yang besar dalam politik Malaysia. Tiada lagi parti yang benar-benar berwibawa untuk melakukan semak dan imbang terhadap dasar-dasar kerajaan.

"Tiada lagi parti yang benar-benar berwibawa untuk membawa suara rakyat dalam keadaan kehidupan rakyat semakin tertekan," ulasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved