Kerjasama PN-BN melangkaui nilai 'perkahwinan'- Abdul Hadi

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 3:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerjasama PN-BN melangkaui nilai 'perkahwinan'- Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, hubungan yang terjalin adalah lebih daripada nilai perkahwinan iaitu persahabatan dan persaudaraan.

JEMPOL – Kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan digambarkan sebagai melangkaui nilai sebuah 'perkahwinan'.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun keputusan mengenai kerjasama antara kedua-dua gabungan itu akan dibuat berdasarkan perkembangan dan situasi semasa.

"Kita tidak gopoh, kita lihat perkembangan semasa. Semangatnya baik, terutama kerjasama dengan UMNO-BN.

"Apa yang penting, kita mahu memastikan kuasa Melayu-Islam terus memimpin Negeri Sembilan," katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah Jempol di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Pas mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon UMNO-BN di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor lalu. 

Sementara itu, mengulas kritikan sesetengah pihak yang menyifatkan kerjasama PN-BN sebagai 'kahwin campur', Abdul Hadi berkata, hubungan yang terjalin adalah lebih daripada itu.

"Ia lebih daripada kahwin iaitu persahabatan dan persaudaraan," katanya.

Dalam pada itu menjawab mengenai kritikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PN kini sudah menjadi gabungan toksik, Abdul Hadi menepis dakwaan berkenaan.

Katanya, PN tidak pernah meminggirkan Bersatu.

"Itu tidak benar. Apa yang berlaku adalah salah laku Bersatu," tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved