Kerjasama Sabah-Persekutuan perlu lebih diperkukuh

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 4:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kerjasama Sabah-Persekutuan perlu lebih diperkukuh

PAPAR: Hubungan baik dan kerjasama erat antara Kerajaan Sabah dan Persekutuan perlu terus diperkukuh bagi memastikan agenda pembangunan negeri termasuk menyelesaikan pelbagai masalah infrastruktur dapat dilaksanakan secara berkesan.

Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata kerjasama antara kedua-dua kerajaan penting bagi memastikan keperluan rakyat dapat ditangani terutama membabitkan penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan awam.

“Pembangunan infrastruktur bukan sekadar membina kemudahan baharu sebaliknya memerlukan peruntukan berterusan bagi memastikan kemudahan sedia ada dapat diselenggara dan dibaiki mengikut keperluan.

 “Sudah buat jalan, jangan ingat selesai. Sedikit masa dia perlu lagi untuk penyelenggaraan. Sudah buat jalan, jalan itu pandai rosak. Usianya tiba, perlu dibaiki,” katanya semasa berucap sempena Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KJMG) Bersama Masyarakat Kampung Sekayan baru-baru ini.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata keadaan cuaca tidak menentu termasuk kejadian banjir turut menyebabkan kerosakan jalan berlaku lebih cepat sekaligus memerlukan kerajaan menyediakan peruntukan mencukupi untuk kerja pembaikan.

Menurutnya keadaan itu dapat dilihat di beberapa kawasan di Papar apabila jalan yang dibina sejak 10 hingga 20 tahun lalu kini memerlukan penyelenggaraan dan penambahbaikan.

“Kos penyelenggaraan infrastruktur sekarang ini juga tidak lagi sama berbanding kos 10 atau 20 tahun lalu menyebabkan keperluan terhadap peruntukan semakin meningkat. Kerajaan bukan tidak mahu baiki kemudahan yang rosak namun kekangan peruntukan dan peningkatan kos perlu diambil kira dalam merancang kerja penyelenggaraan.

 “Justeru saya di Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan (wakil rakyat Kawang) di Kerajaan Negeri, kita selesaikan masalah rakyat. Kita juga ada tugas membantu kepemimpinan negeri (Ketua Menteri) Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Beliau berkata kerjasama itu turut penting dalam usaha membantu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkatkan pendapatan negeri supaya lebih banyak keperluan pembangunan dan rakyat dapat diberi perhatian.

“Masalah rakyat ini tidak boleh selesai dengan ucapan saja. Tidak boleh selesai dengan air liur kita berucap tetapi perlukan kepada perhubungan yang semakin bertambah,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved