Kerjasama strategik MK Curtain, Koputra tawar pelan ansuran fleksibel buat ahli

Business & Finance
27 Jul 2026 • 2:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerjasama strategik MK Curtain, Koputra tawar pelan ansuran fleksibel buat ahli
Zaharuddin (tiga dari kanan) dan Syed Kamarulzaman Syed Zainol (tiga dari kiri) menyempurnakan Majlis pertukaran MoU.

MK Curtain Berhad dan Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Koputra) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan kerjasama strategik yang menawarkan pelan pembayaran ansuran kepada ahli Koputra untuk mendapatkan produk langsir, bidai dan penyelesaian dekorasi tingkap.

Majlis pertukaran MoU disempurnakan oleh Pengerusi Koputra, Zaharuddin Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif MK Curtain Berhad, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin.

Ketua Pegawai Eksekutif MK Curtain Berhad, Datuk Syed Kamarulzaman berkata, kerjasama bersama Koputra merupakan satu langkah strategik dalam memperluaskan akses kepada produk dan perkhidmatan dekorasi kediaman yang berkualiti.

“Dengan pengalaman lebih 20 tahun dan rangkaian cawangan di seluruh Malaysia, kami bersedia menyediakan perkhidmatan lengkap daripada konsultasi dan pengukuran sehingga pembekalan dan pemasangan.

"Kami percaya pilihan pembayaran yang lebih fleksibel dapat membantu lebih ramai anggota mewujudkan ruang kediaman yang selesa, praktikal dan berkualiti,” katanya.

Dengan pengalaman lebih dua dekad, rangkaian lebih 50 cawangan di seluruh Malaysia dan hasil tahunan sekitar RM47 juta, MK Curtain menyediakan produk serta perkhidmatan merangkumi langsir tempahan khas, bidai moden, walpaper, lantai vinil (flooring), tinted tingkap dan pelbagai aksesori dekorasi dalaman.

Pendekatan menyeluruh itu membolehkan pelanggan mendapatkan penyelesaian dekorasi ruang secara lengkap melalui satu jenama yang dipercayai.

Sementara itu, Pengerusi Koputra, Zaharuddin memberitahu, kerjasama tersebut selaras dengan komitmen Koputra untuk terus memperkenalkan manfaat yang relevan dan memberi nilai tambah kepada anggota.

Jelasnya, Koputra sentiasa berusaha menyediakan kemudahan dan manfaat yang dapat memenuhi keperluan kehidupan harian anggota.

"Kerjasama bersama MK Curtain Berhad membolehkan ahli mendapatkan produk langsir, bidai dan perkhidmatan dekorasi tingkap melalui pakej khas serta kaedah pembayaran ansuran yang lebih fleksibel.

“Kami percaya kolaborasi bersama syarikat tempatan yang berpengalaman seperti MK Curtain dapat memperkukuhkan manfaat keahlian dan meningkatkan kesejahteraan komuniti Koputra,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved