Kertas Sejarah SPM Didakwa Bocor, Ini Jawapan KPM

LocalPolitics
9 Jan 2025 • 11:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Kertas SPM KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tampil menafikan dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024 yang tular di media sosial.

Menurut laporan Kosmo, siasatan terperinci telah dilakukan dan dakwaan tersebut didapati tidak berasas berdasarkan kenyataan daripada KPM.

Tangkap layar yang tersebar hanyalah senarai tajuk dari buku teks Sejarah yang digunakan sebagai ramalan semata-mata.

KPM tegaskan kertas peperiksaan kekal selamat

image is not available

KPM juga menegaskan bahawa tiada sebarang soalan dari kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 dipaparkan dalam sebaran tersebut.

Dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran seperti yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan.

Nasihat untuk pelajar

image is not available

Dalam kenyataan itu, KPM menyeru semua calon SPM agar kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan.

KPM sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam terpelihara serta menjamin keadilan kepada semua calon.

#OhmediaNasihat

Pelajar diingatkan untuk tidak terpengaruh dengan khabar angin dan spekulasi di media sosial. Sebaliknya, teruskan persediaan dengan bersungguh-sungguh dan rujuk sumber yang sahih. Ingat, kejayaan datang daripada usaha yang jujur dan tekun!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo