KPM nafi kertas sejarah SPM bocor, gambar tular hanya tajuk ramalan

9 Jan 2025 • 10:44 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi subjek Sejarah adalah tidak berasas.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial

“Tangkap layar yang tular hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.

“Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.

“Justeru, dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan, KPM,” menurut kenyataan itu.

KPM menegaskan bahawa pihaknya mengambil serius dakwaaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah itu dan sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam terpelihara, serta menjaga kepentingan dan keadilan semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024.

KPM menasihati semua calon peperiksaan untuk kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved