KPM Nafi Dakwaan Kertas Sejarah SPM 2024 Bocor

LocalPolitics
9 Jan 2025 • 10:29 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan berlakunya kebocoran kertas peperiksaan subjek Sejarah bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

KPM nafi dakwaan kertas Sejarah SPM 2024 bocor

image is not available

Foto: The Sun Daily

Menerusi satu kenyataan, siasatan terperinci telah dijalankan oleh KPM dengan mengambil kira semua sebaran dan tangkap layar yang tular di media sosial.

Hasil siasatan mendapati dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan dalam prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan.

Pihak kementerian menjelaskan bahawa tangkap layar yang ditularkan hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.

KPM menegaskan tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.

Semua calon peperiksaan SPM dinasihatkan untuk kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan.

KPM memberi jaminan bahawa pihaknya sentiasa komited dalam memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam adalah terpelihara.

Kementerian turut memberi jaminan bahawa kepentingan serta keadilan kepada semua calon peperiksaan SPM 2024 adalah terjamin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved