Kertas siasatan kes guru langgar pelajar dirujuk ke Jabatan Peguam Negara

18 May 2026 • 12:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kertas siasatan kes guru langgar pelajar dirujuk ke Jabatan Peguam Negara
Mohd Yusoff pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan IPK Kelantan, di Kota Bharu pada Isnin.

KOTA BHARU - Guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada April lalu masih belum didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat ini kertas siasatan kes berkenaan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

"Buat masa ini, guru tersebut masih belum didakwa di mahkamah dan kertas siasatan sudah diserahkan kepada AGC untuk tindakan lanjut," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Isnin.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala, manakala seorang lagi parah dan menerima rawatan di hospital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved