Kerugian banjir Selangor melonjak RM52 juta

LocalEnvironment
17 Nov 2026 • 12:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kerugian banjir Selangor melonjak RM52 juta

SHAH ALAM – Nilai kerugian akibat banjir di Selangor meningkat kepada RM52.9 juta pada 2025 berbanding RM22.6 juta pada tahun sebelumnya, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.

Beliau berkata berdasarkan Statistik Nilai Kerugian Banjir Negeri Selangor 2024 dan 2025 Jabatan Perangkaan (DOSM) Selangor, kerugian berkenaan merangkumi kerosakan kediaman sebanyak RM15.3 juta, kenderaan (RM4 juta) dan premis perniagaan (RM1 juta).

Mohd Najwan berkata kerugian bagi pertanian dan kerosakan infrastruktur pula masing-masing merekodkan RM 9.6 juta dan RM26.6 juta.

“Berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2025 yang diterbitkan DOSM, nilai kerugian keseluruhan akibat banjir di Malaysia pada 2025 berjumlah RM636.9 juta berbanding 2024 sebanyak RM933.4 juta.

“Semua negeri di Malaysia menerima kesan akibat banjir, dengan Terengganu mencatatkan nilai kerugian tertinggi RM89.2 juta. Ini diikuti oleh Kelantan dan Johor masing-masing merekodkan kerugian RM88.5 juta dan RM72.1 juta,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (PH-Batu Tiga) yang ingin tahu berapakah anggaran kerugian ekonomi tahunan akibat beberapa kejadian seperti banjir, kebakaran dan lain-lain.

Dalam pada itu, Najwan berkata pihaknya komited untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penyampaian bantuan khususnya bagi mengatasi isu mangsa kejadian banjir berulang dengan perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Unit Pengurusan Bencana Negeri.-Bernama

The post Kerugian banjir Selangor melonjak RM52 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved