Selangor tanggung kerugian RM52.9 juta akibat banjir

LocalEnvironment
17 Nov 2026 • 2:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Selangor tanggung kerugian RM52.9 juta akibat banjir Image from: Selangor tanggung kerugian RM52.9 juta akibat banjir johardy17/11/2026 - 14:15 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

SHAH ALAM 17 Nov - Selangor menanggung kerugian akibat banjir sebanyak RM52.9 juta pada 2025, lebih dua kali ganda berbanding RM22.6 juta pada 2024.

 

Exco Pengurusan Bencana negeri, Mohd Najwan Halimi berkata, angka itu berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

 

Menurutnya, jumlah kerugian akibat banjir di seluruh negara pula menurun kepada RM636.9 juta pada 2025 berbanding RM933.4 juta pada 2024.

 

Selangor mencatatkan kerugian keempat tertinggi selepas Terengganu sebanyak RM89.2 juta, Kelantan RM88.5 juta dan Johor RM72.1 juta.

 

Beliau berkata, kerugian di Selangor merangkumi kerosakan tempat kediaman sebanyak RM15.3 juta, kenderaan RM400,000 dan premis perniagaan RM1 juta.

 

Kerugian membabitkan sektor pertanian dan kerosakan infrastruktur pula masing-masing berjumlah RM9.6 juta dan RM26.6 juta, katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

 

Belum bincang perlindungan bencana dengan syarikat insurans

Beliau menjawab soalan Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (PH-Batu Tiga) mengenai kerugian ekonomi tahunan akibat kejadian seperti banjir, kebakaran dan bencana lain.

 

Najwan berkata, kerajaan negeri setakat ini belum mengadakan perbincangan dengan syarikat insurans mengenai inisiatif menyediakan perlindungan ekonomi kepada rakyat daripada bencana.

 

Menurutnya, kerajaan negeri terus mengambil langkah proaktif bagi melindungi mata pencarian penduduk terjejas melalui pendekatan pengurusan bencana menyeluruh yang merangkumi kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan pascabencana.

 

Langkah itu termasuk penyelarasan pengurusan di peringkat negeri dan daerah, penyediaan pusat pemindahan sementara (PPS) serta pengagihan bantuan kepada mangsa.

 

Bantuan pemulihan turut diselaraskan berdasarkan keperluan mangsa dan kriteria kelayakan yang ditetapkan, katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved