Kerugian bersih Globetronics cecah RM29 juta bagi 9MFY26 berikutan permintaan rendah semikonduktor

LocalBusiness & Finance
29 May 2026 • 6:24 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerugian bersih Globetronics cecah RM29 juta bagi 9MFY26 berikutan permintaan rendah semikonduktor Image from: Kerugian bersih Globetronics cecah RM29 juta bagi 9MFY26 berikutan permintaan rendah semikonduktor amree29/05/2026 - 18:24 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 MeiGlobetronics Technology Berhad mencatatkan kerugian selepas cukai (LAT) sebanyak RM29.1 juta bagi tempoh terkumpul sembilan bulan yang berakhir 31 Mac 2026 (9MFY26).

 

Prestasi lemah ini dipengaruhi oleh penerimaan tempahan pelanggan yang lebih rendah berikutan kelembapan berterusan dalam industri semikonduktor, dan peningkatan tekanan kos operasi syarikat.


Kumpulan tersebut dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia menambah, perbelanjaan bagi pembayaran berasaskan saham daripada Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) turut menjejaskan pertumbuhan semasa.


"Globetronics turut melaporkan pendapatan sebanyak RM16.9 juta bagi suku ketiga (3QFY26) dan pendapatan terkumpul selama sembilan bulan yang berjumlah kira-kira RM59.5 juta," jelasnya.


Bagi suku dikaji, ia mencatatkan untung kasar sebanyak RM1.3 juta, namun keuntungan keseluruhan terjejas akibat perbelanjaan pentadbiran yang lebih tinggi dan permintaan pasaran yang lembut.


Meskipun berdepan persekitaran operasi sengit, pengurusannya menegaskan kedudukan kewangan kekal stabil dengan ekuiti pemegang saham berjumlah RM270.7 juta dan baki tunai RM26 juta setakat ini. 


Selain itu, Globetronics terus melabur dalam jangka panjang melalui perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM15.1 juta untuk memperkukuhkan keupayaan pembuatan dan operasi semasa kumpulan.


Ia turut menjalin kerjasama strategik berterusan dengan rakan teknologi seperti ChipMOS dan POET Technologies, di samping fokus kepada lonjakan produk bagi menangani kitaran perlahan industri.


"Pihak pengurusan menyatakan meskipun industri semikonduktor mengalami makroekonomi tidak menentu, syarikat kekal fokus pada daya tahan operasi dan pengurusan kos yang berhemat," tambahnya.


Melangkah ke hadapan, Globetronics berhati-hati terhadap prospek jangka panjang kumpulan, didorong oleh trend mega semikonduktor di pasaran global serta sokongan dasar kerajaan Malaysia.


Syarikat akan terus meneroka peluang perniagaan baharu dan memperluas keupayaan teknologi bagi memastikan pertumbuhan mampan apabila keadaan pasaran bertambah baik. - DagangNews.com

Terkini standard