“Kerusi Tak Boleh Kosong” – Dewan Rakyat Gamat Selepas Timbalan Speaker ‘Pindah’ Kerusi Ketika Bahas Belanjawan 2027 [Video]

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 5:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Kerusi Tak Boleh Kosong” – Dewan Rakyat Gamat Selepas Timbalan Speaker ‘Pindah’ Kerusi Ketika Bahas Belanjawan 2027 [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (16 November), kecoh di Dewan Rakyat apabila Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor mengosongkan kerusi Speaker untuk mengambil tempat sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands bagi membahaskan Belanjawan 2027.

Menerusi video Parlimen Malaysia, kelihatan Ramli bergerak ke bawah di tempat duduk ahli Parlimen (MP). Tindakannya itu kemudian telah mencetuskan bantahan MP lain termasuk ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Jelas Ronald, kerusi Speaker tidak sepatutnya dibiarkan kosong sepanjang persidangan berlangsung dan langkah yang sepatutnya diambil adalah dengan melantik individu sementara untuk mengendalikan urusan Dewan ketika Timbalan Speaker mengambil bahagian dalam perbahasan.

Timbalan Speaker Nafi Langgar Peraturan Sidang Parlimen

Bagaimanapun menurut Ramli, tindakannya itu tidak menyalahi sebarang peraturan persidangan Dewan Rakyat.

“Yang Berhormat, saya juga Speaker, saya memilih untuk bercakap di kerusi saya dan itu tidak mengenepikan apa-apa peraturan selepas semakan. Saya akan pulang ke kerusi sebagai Timbalan Speaker,” kata Ramli.

“Kalau Speaker Tak Ada, Dewan Boleh Lantik Sesiapa Untuk Berada Di Sana Semasa MP Berbahas” – Ronald

Namun Ronald kemudian mencelah dengan berseloroh dia boleh duduk di kerusi Speaker itu sementara Ramli berdiri berbahas mewakili MP Cameron Highlands.

“YB, kerusi tidak boleh dikosongkan boleh lantik sementara untuk duduk di sana. Saya bolehlah duduk sana sementara YB. Perlu ada seseorang di sana.

“Kalau Speaker tidak ada, Dewan boleh melantik sesiapa sahaja untuk berada di sana semasa ahli Parlimen berbahas. Ini unprecedented (belum pernah berlaku). Saya sepatutnya bercakap dengan Timbalan Speaker di kerusi Speaker,” katanya.

“Saya Bercakap (Berbahas) Dengan Diri Saya & Kepada Menteri Lain” – Ramli

Bagaimanapun Ramli tetap dengan keputusannya untuk berbahas di kerusi ahli Parlimen.

“Saya bercakap dengan diri saya dan kepada menteri lain. Ya (saya duduk di sini untuk berbahas),” kata Ramli.

Beliau berkata, tindakan itu tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan mesyuarat selepas semakan dibuat.

“Saya sudah menyemak peraturan dan tiada peraturan yang tidak membenarkan saya untuk bercakap di kerusi ahli Parlimen.

“Kalau Yang Berhormat memikirkan peraturan tidak membenarkan, saya persilakan Yang Berhormat usulkan di dalam Dewan,” ujarnya.

View on Threads

“Saya Rakamkan Rasa Sedih Bagaimana Parlimen Dihina & Peraturan Atur Cara Parlimen Tidak Diikuti” – MP Beruas

Sementara itu, Ngeh Koo Ham turut meluahkan kekesalannya terhadap tindakan terbabit kerana dakwanya Ramli tidak mematuhi tertib dan peraturan perjalanan persidangan Parlimen.

Menurutnya, peraturan mesyuarat menetapkan bahawa setiap persidangan mesti dikendalikan oleh Yang Dipertua atau pengerusi bagi memastikan perjalanan Dewan berlangsung mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Saya merakamkan rasa sedih bagaimana Parlimen dihina dan peraturan atur cara Parlimen tidak diikuti.

“Dalam peraturan kita, tersirat dalam mana-mana persidangan mesti ada seorang Yang Dipertua atau pengerusi kerana beliau yang menetapkan semua peraturan diikuti.

“Kalau Speaker berucap dan menjadi pembahas, siapa yang menentukan beliau mengikuti peraturan dalam Dewan?” soalnya.

Ngeh Koo Ham Tegaskan Semua MP Bertanggungjawab Pelihara Martabat Parlimen, Elak Jadikan Bahan Ejekan

Beliau turut membantah tindakan berkenaan kerana khuatir ia akan mencemarkan imej dan penghormatan terhadap institusi Parlimen.

“Semua ahli Parlimen bertanggungjawab memastikan martabat Parlimen terus dipelihara dan tidak menjadi bahan ejekan, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa,” tegasnya.

Video penuh di bawah:

Baca Artikel Berkaitan: MP Pengkalan Chepa Diarah Keluar Dewan Rakyat Selepas Didakwa Tuduh Nga Kor Ming Islamofobia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved