[VIDEO] Timbalan Speaker ‘pindah kerusi’ jarang berlaku!

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 3:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Timbalan Speaker ‘pindah kerusi’ jarang berlaku!

PETALING JAYA – Tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor meninggalkan kerusi Speaker untuk mengambil tempat sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands bagi membahaskan Belanjawan 2027 menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat.

Persoalan itu timbul selepas tindakan Ahli Parlimen Cameron Highlands itu dianggap jarang berlaku di Dewan Rakyat, sekali gus menyebabkan rata-rata rakyat tertanya-tanya adakah tindakan itu dibolehkan.

Menurut seorang pengguna Threads, @lonelytachilonelyyitachi, keadaan itu dilihat seolah-olah bercelaru apabila sesi itu menyaksikan Timbalan Speaker beralih tempat ke kerusi Ahli Parlimen selain kehadiran wakil rakyat yang kurang memberangsangkan hari ini.

“Bubar sahaja Parlimen kalau macam ini, pelik-pelik sahaja zaman sekarang. Pertama kali ini berlaku Speaker ingin berucap sebagai Ahli Parlimen.

“Lepas itu, mana lagi Ahli Parlimen lain, kosong sahaja,” tulisnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen lain turut membantah tindakan itu dengan menyifatkan seseorang perlu dilantik sementara untuk mengendalikan urusan Dewan Rakyat ketika Timbalan Speaker mengambil bahagian dalam perbahasan.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronalad Kiandee berkata, kerusi Speaker tidak dikosongkan dan boleh melantik seseorang untuk mengendalikan sesi itu secara sementara.

Bagaimanapun, Ramli menjelaskan bahawa beliau masih menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, namun memilih mengambil tempat sebagai Ahli Parlimen bagi membahaskan Belanjawan 2027.

Katanya, tindakan itu tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan mesyuarat selepas semakan dibuat. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Timbalan Speaker ‘pindah kerusi’ jarang berlaku! appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved