Pemandu kereta elektrik BYD Seal yang terlibat dalam kemalangan enam kenderaan di Jalan Kuching, Sabtu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.
Tertuduh, Raeven Goh Wey Haur, 24, yang bekerja sebagai pegawai bank, membuat pengakuan berkenaan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.
AdvertisementTidak bersalah.
Pemandu BYD dah bayar ikat jamin
Terbaru, Raeven dirakam meninggalkan kawasan perkarangan mahkamah selepas selesai membayar wang ikat jamin RM36,000.
View on Threads
Pertuduhan terhadap pemandu BYD
Mengikut pertuduhan pertama, Raeven didakwa memandu kereta BYD Seal secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir, 5, di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala ke Segambut. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.44 petang pada 10 Oktober lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000 sekiranya disabitkan kesalahan.
Tertuduh juga boleh hilang kelayakan untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu selama sekurang-kurangnya 10 tahun dari tarikh sabitan.

Bagi pertuduhan kedua, Raeven didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam dengan mengambil kira keadaan lalu lintas ketika kejadian. Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, lelaki berkenaan didakwa gagal memberhentikan kenderaannya selepas terlibat dalam kemalangan di lokasi dan waktu sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 52(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan denda tidak kurang RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry mencadangkan ikat jamin RM50,000 bagi kesemua pertuduhan. Pihak pendakwaan turut memohon supaya lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai, selain pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Merayu ikat jamin dikurangkan
Bagaimanapun, peguam Kailash Sharma yang mewakili tertuduh merayu agar jumlah ikat jamin dikurangkan dengan mengambil kira kerjasama yang diberikan keluarga anak guamnya sepanjang siasatan.
Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan Raeven diikat jamin sebanyak RM36,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan.
Mahkamah turut memerintahkan lesen memandunya digantung sehingga kes selesai dan pasport diserahkan kepada mahkamah. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 November 2026.

(VIDEO) Pemandu BYD Korbankan Adik Asiah Di Jalan Kuching Hadir Ke Mahkamah
The post Kes Adik Asiah: Pemandu BYD Mengaku Tidak Bersalah, Selesai Bayar Ikat Jamin RM36,000 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






