Pemandu BYD selesai bayar ikat jamin RM36,000

LocalCars
15 Oct 2026 • 12:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu BYD selesai bayar ikat jamin RM36,000

Image from: Pemandu BYD selesai bayar ikat jamin RM36,000

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta BYD, Raeven Goh Wey Haur selesai membayar ikat jamin RM36,000 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Tertuduh yang berusia 24 tahun yang memakai pelitup muka itu dilihat keluar dari mahkamah pukul 12 tengahari diriingi bapa dan peguamnya.

Terdahulu pegawai bank itu, didakwa dan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didapati memandu kenderaan jenis BYD Seal dengan cara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian kepada kanak-kanak berusia lima tahun iaitu Asiah Ahmad Syahir yang didakwa mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987 (pindaan 2024) dan boleh di hukum di bawah akta sama.

Hukuman untuk pertuduhan pertama itu memperuntukkan penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga tertuduh didakwa telah memandu kenderaan sama secara merbahaya kepada orang awam dalam suatu kemalangan dan telah gagal berhenti yang didakwa masing-masing mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 52 (1) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 119 (2) APJ 1987.

Bagi seksyen 42 (1) hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan pemenjaraan tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Sementara bagi seksyen 52 (1) dan dibawah Seksyen 119 (2) hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda tidak kurang RM2,000 atau pemenjaraan tidak lebih enam bulan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala ke Segambut di sini pukul 3.44 petang pada 10 Oktober lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 November ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu BYD selesai bayar ikat jamin RM36,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved