Pemandu BYD Seal Mengaku Tak Bersalah Memandu Secara Berbahaya Hingga Sebabkan Kematian Asiah

LocalCars
15 Oct 2026 • 12:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pemandu BYD Seal Mengaku Tak Bersalah Memandu Secara Berbahaya Hingga Sebabkan Kematian Asiah

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular video memaparkan kereta jenis BYD Seal berwarna hitam yang dipandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan dengan beberapa kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Insiden tersebut turut meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Asiah Ahmad Syahir yang berada di tempat duduk penumpang bahagian belakang kereta Perodua Bezza yang dirempuh BYD itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu BYD Terlibat Kemalangan Ragut Nyawa Kanak-Kanak 5 Tahun Dikesan Di Hospital Swasta [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Lihat Seorang Ayah Sedang Memeluk Erat Anaknya Sambil Menangis” – Saksi Kemalangan Maut Babit BYD

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kemalangan Maut Babit BYD: Bapa Mahu Tindakan Lebih Tegas Untuk Keadilan Arwah Adik Asiah

Pemandu BYD mengaku tak bersalah atas 3 pertuduhan

Hari ini (15 Oktober) pemandu BYD berkenaan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan termasuklah memandu secara berbahaya.

Pemandu, Raeven Goh Wey Haur bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.

“Tidak mengaku salah,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Pertuduhan 1 – memandu secara berbahaya kepada orang awam hingga menyababkan kematian seorang kanak-kanak

Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memandu kereta elektrik jenis BYD Seal secara berbahaya kepada orang awam sehingga mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak, Asiah di Jalan Kuching, dari arah pusat bandar menghala ke Segambut, Kuala Lumpur, jam 3.44 petang pada 10 Oktober yang lalu.

Pemandu BYD itu didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000.

Pertuduhan 2 – Didakwa memandu secara berbahaya

Manakala bagi pertuduhan yang kedua pula, lelaki tersebut didakwa memandu secara berbahaya di lokasi serta pada waktu yang sama, di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dipenjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingg RM15,000 jika sabit kesalahan.

Pertuduhan 3 – Didakwa gagal berhenti selepas terbabit kemalangan

Untuk pertuduhan ketiga pula, pemandu yang juga pegawai bank turut didakwa gagal berhenti sebaik terlibat dalam insiden di jalan raya di lokasi serta waktu sama, lapor Berita Harian.

Kes didakwa di bawah Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2) akta sama.

Sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara maksimum selama enam bulan.

Timbalan pendakwa raya cadangan RM50,000 untuk jaminan bagi 3 pertuduhan & lesen digantung hingga kes selesai

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry turut mencadangkan jaminan berjumlah RM50,000 untuk ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Selain itu, Mohamad Fadhly turut memohon agar mahkamah menggantung lesen memandu lelaki tersebut sehingga kes selesai.

Perkara itu selaras dengan Seksyen 41(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain turut mengarahkan pasport pemandu BYD itu diserahkan kepada pihak mahkamah.

Dalam pada itu pemandu BYD yang diwaliki oleh peguam, Kailash Sharma kemudiannya memohon jaminan minimum diberikan kepada anak guamnya dengan mengambil kira kerjasama keluarga lelaki tersebut dengan pihak polis sejak insiden berlaku.

Selain itu, beliau turut mencadangkan bapa tertuduh yang berusia 55 tahun serta menjalankan perniagaan selama 26 tahun sebagaii penjamin.

Majistret benarkan ikat jamin RM36,000, lesen digantung & pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah

Majistret Aliaa lalu membenarkan pemandu BYD berkenaan diikat jamin sebanyak RM36,000 untuk ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin.

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan pasport milik Raeven diserahkan kepada mahkamah dan lesen memandunya turut digantung bermula hari ini sehingga kes selesai.

Kes kemudiannya ditetapkan untuk serahan dokumen pada 19 November.

Sewaktu prosiding dilakukan, ahli keluarga mangsa juga hadir ke mahkamah bersama dengan peguam pemerhati, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved