Kes Bas Langgar Pokok di UPM: Pemandu Didakwa Hari Ini

LocalPolitics
5 Aug 2025 • 10:31 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemandu bas persiaran yang terbabas dan melanggar pokok sehingga menyebabkan seorang guru serta tiga murid cedera ringan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Jumaat lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Pemandu didakwa hari ini

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) semalam untuk tindakan lanjut.

image is not available

Foto: BH

“Kes telah dibentangkan kepada TPR dan mendapat arahan supaya dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu akan dituduh di mahkamah pada hari ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu, bas berkenaan yang dipandu lelaki berusia 44 tahun membawa lima guru pengiring serta 30 murid dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di kawasan UPM.

Akibat kemalangan itu, seorang guru dan tiga murid mengalami kecederaan ringan manakala penumpang lain dilaporkan selamat.

Difahamkan, semua mangsa yang cedera telah menerima rawatan di hospital berdekatan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan detik kemalangan berkenaan turut tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.