Kes Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Di Taska, Ada Yang Salahkan Ibu Bekerja

Entertainment
9 Jan 2025 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taska yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor.

Ibu kepada bayi yang dikenali sebagai Handzalah mendakwa anaknya ditinggalkan bersendirian di dalam bilik dan dibiarkan tanpa pengawasan sehingga tidak boleh bernafas.

Dia turut meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pihak taska yang dilihat seolah-olah lepas tangan dan hanya meminta maaf selepas isu ini ditularkan, padahal sebelum ini dia dikeluarkan daripada group WhatsApp tanpa sebarang penjelasan atau permohonan maaf.

image is not available

Ibu mohon maaf sebab bekerja

Lantaran isu ini mendapat liputan meluas media, ada segelintir pihak yang menyalahkan ibu bapa kerana lebih memilih untuk bekerja dan menghantar anak yang masih usia bayi ke pusat asuhan.

Justeru, ibu mangsa memohon orang ramai tidak menyalahkan mereka kerana dia sudah mencuba sehabis baik dan menjelaskan kenapa perlu bekerja walaupun anak masih kecil.

“Saya mohon jangan salah kami. Saya dah cuba sehabis baik untuk jadi ibu buat anak saya. Saya bekerja sebab nakkan kehidupan selesa buat anak-anak.

“Kami suami isteri anak yatim piatu. Kami tak dapat nak hantar rumah mentua untuk jagakan cucu.

“Saya minta maaf kalau ada yang rasa ini salah kami ibu bapa,” tulisnya.

image is not available

Difahamkan, kes ini sudah pun dalam siasatan polis dan didapati taska berkenaan tidak berlesen yang mana permohonan telah dihantar tetapi belum diluluskan.

Sumber: Instagram, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.