Kes bukan sedikit, sebagai peguam pujuk OKS hadir ke mahkamah – Hakim

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 12:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kes bukan sedikit, sebagai peguam pujuk OKS hadir ke mahkamah – Hakim

KOTA BHARU – Seorang pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang dikenakan waran tangkap semalam selepas tidak hadir bagi pendakwaan 42 pertuduhan berkaitan bekalan minyak masak bersubsidi mengemukakan sijil cuti sakit kepada mahkamah.

Peguam, Nurul Atikah Che Anawa dan Nur Insyirah Yusmizul yang mewakili Pui Tiong Lam, 61, selaku orang kena saman (OKS) mengemukakan dokumen itu kepada Mahkamah Sesyen selepas lelaki tersebut yang sepatutnya didakwa atas 30 lagi pertuduhan berkaitan bekalan minyak masak bersubsidi hari ini.

Nurul Atikah berkata, anak guamnya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tekanan darah tinggi dan memohon waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah semalam dibatalkan.

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Siti Edabayu Subhan dalam hujahannya membantah permohonan tersebut dan memaklumkan waran tersebut hanya akan dibatal sekiranya OKS hadir.

Katanya, pihak pendakwaan tiada bantahan mengenai sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.

Hakim Nik Habri Muhamad kemudian memohon pihak peguam menasihati OKS supaya hadir ke mahkamah kerana Tiong Lam mempunyai pertuduhan melibatkan kes yang banyak.

“Kesemua kes yang dihadapi OKS bukan sedikit, tetapi melibatkan 72 pertuduhan. Sebagai peguam yang dilantik, anda perlu pujuk anak guam untuk hadir menghadapi kesemua pertuduhan ini.

“Semalam sepatutnya OKS didakwa atas 42 pertuduhan, tetapi tidak hadir sehingga waran tangkap dikeluarkan. Bagi 30 lagi pertuduhan hari ini, OKS pula cuti sakit,” katanya.

Nik Habri menetapkan 15 Oktober ini sebagai tarikh baharu untuk OKS hadir bagi menghadapi pertuduhan tersebut.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa, Muhammadi Iman Masjuri ketika ditemui berkata, OKS sepatutnya berdepan 30 pertuduhan hari ini di bawah Peraturan 13(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu gagal menyelenggara buku stok.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua, jika disabitkan kesalahan.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang pengerusi NGO dikenakan waran tangkap selepas tidak hadir ke mahkamah bagi menghadapi 41 pertuduhan kerana gagal menyelenggara buku stok barang kawalan berjadual minyak masak subsidi.

Selain itu, pemilik perniagaan borong minyak masak subsidi itu turut didakwa gagal mematuhi notis bertulis dikeluarkan Penolong Pengawal Bekalan iaitu Arahan Untuk Mengemukakan Jawapan, Maklumat Berhubung Barang Kawalan Minyak Masak pada Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Kes bukan sedikit, sebagai peguam pujuk OKS hadir ke mahkamah – Hakim appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved