
Polis mengesahkan seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditekap seterika pada bahagian dada ketika disuruh menggosok baju kerja milik seniornya dalam kejadian di bilik asrama universiti berkenaan, 22 Oktober lalu.
Ditekap pada bahagian dada
"Siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam di bilik asrama UPNM itu, mangsa berumur 20 tahun itu mulanya diminta menggosok baju kerja milik seorang pelajar senior yang juga pegawai kadet tahun empat.
"Pelajar senior itu bagaimanapun secara tiba-tiba mengambil seterika dipegang mangsa sebelum menekap mangsa di bahagian dada sebelah kanan," katanya pada Sabtu.

