Kes bunuh Irene Sofiya: Polis rampas batang besi, dendam cinta ditolak dipercayai motif

9 Oct 2026 • 1:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kes bunuh Irene Sofiya: Polis rampas batang besi, dendam cinta ditolak dipercayai motif

Polis percaya dendam dan penolakan cinta antara motif pembunuhan pelajar berusia 16 tahun, Irene Sofiya, di sebuah sekolah di Yong Peng

JOHOR BAHRU: Polis percaya perasaan dendam termasuk berkaitan penolakan cinta antara motif pembunuhan pelajar perempuan Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata bagaimanapun, motif berkenaan masih diperhalusi menerusi siasatan yang sedang dijalankan.

“Polis percaya motif pembunuhan adalah akibat perasaan dendam suspek terhadap mangsa termasuk berkaitan penolakan cinta suspek dan menjalinkan hubungan dengan kawan baik sendiri. 

“Bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dalam siasatan yang masih dijalankan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata suspek lelaki berusia 16 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan merupakan rakan sekelas mangsa dan setakat ini tiada individu lain dikenal pasti terlibat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved