Dendam Cinta Ditolak? Polis Dedah Motif Kes Pembun*han Pelajar Irene Sofiya

9 Oct 2026 • 1:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

irene sofiya motif bunuh

Perasaan dendam, termasuk akibat cinta ditolak, dipercayai menjadi antara motif pembunuhan pelajar perempuan, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, motif tersebut masih diperhalusi menerusi siasatan yang sedang dijalankan.

Polis percaya motif pembunuhan adalah akibat perasaan dendam suspek terhadap mangsa termasuk berkaitan penolakan cinta suspek dan menjalinkan hubungan dengan kawan baik sendiri.

“Bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dalam siasatan yang masih dijalankan,” katanya pada sidang media pada Jumaat.

Suspek lelaki berusia 16 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan merupakan rakan sekelas mangsa. Setakat ini, polis tidak mengenal pasti penglibatan individu lain dalam kejadian berkenaan.

p5asdas2d 114844

Artikel berkaitan: “Datang dengan hati terbuka, kami terima” – Keluarga Suspek Belum Hubungi Keluarga Arwah Irene Sofiya

Artikel berkaitan: “Rasanya mereka ada kawan lain” – Rakan Sangkal Dakwaan Irene Sofiya Bercinta Dengan Suspek

Batang besi sepanjang 96 sentimeter dirampas

Menurut Ab Rahaman, polis merampas beberapa barang kes sepanjang siasatan dari 4 hingga 8 Oktober, termasuk sebatang besi sepanjang kira-kira 96 sentimeter yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

Batang besi itu mempunyai tali leher berwarna biru pada bahagian hujung yang dipercayai dijadikan pemegang.

Berdasarkan laporan bedah siasat, kecederaan akibat pukulan dipercayai melibatkan bahagian kepala, selain terdapat kesan pada badan, tangan dan beberapa anggota tubuh mangsa.

Polis turut mengesyaki berlaku pergelutan berdasarkan keadaan tempat kejadian yang menemukan meja dan kerusi terbalik serta sebuah pasu pecah. Terdapat juga kesan yang menunjukkan mangsa cuba mempertahankan diri.

images 1

Bagaimanapun, siasatan setakat ini tidak menunjukkan pasu berkenaan digunakan sebagai senjata.

Antara barang kes lain yang dirampas termasuk telefon bimbit iPhone 13 Pro, pakaian, selipar, beg sekolah, buku Matematik Tambahan, kertas soalan SPM tertera nama mangsa, cermin mata, botol minuman dan kalkulator. Barang-barang berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis.

Siasatan hampir lengkap

Ab Rahaman berkata, setakat ini polis tidak mengesan cubaan merogol mangsa dalam kejadian tersebut.

Suspek juga tidak mempunyai rekod masalah disiplin di sekolah. Sekiranya didakwa dan perlu menjalani pemeriksaan psikiatri, isu berkaitan keadaan mentalnya akan diserahkan kepada mahkamah.

TB Datuk Ab Rahaman Arsad BERNAMA

Siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan hampir lengkap dan kertas siasatan dijangka dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor pada Jumaat untuk arahan lanjut.

Dalam pada itu, suspek ditahan reman selama enam hari bermula 4 Oktober bagi membantu siasatan dan tempoh remannya disambung enam hari lagi bermula Sabtu.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Utusan Malaysia Sumber: BERNAMA

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved