Kes bunuh Nilai: Punca kematian pegawai AKPS tekanan pada leher

17 Oct 2026 • 5:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kes bunuh Nilai: Punca kematian pegawai AKPS tekanan pada leher

Tekanan pada bahagian leher didapati punca kematian pegawai AKPS yang ditemukan maut di Nilai, kata polis. Bedah siasat turut menemukan tiga kesan tikaman.

SEREMBAN: Tekanan pada bahagian leher didapati sebagai punca kematian pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Nilai, Khamis lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata keputusan awal itu hasil bedah siasat selama hampir lima jam bermula 9.40 pagi tadi di Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

“Pemeriksaan turut menemukan tiga kesan tikaman menggunakan senjata tajam iaitu dua di perut dan satu di pipi kanan,” katanya dalam kenyataan.

Wanita berusia 30-an itu ditemukan maut selepas disyaki ditikam suaminya di kuarters berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.

Alzafny sebelum ini berkata polis menerima laporan mengenai kejadian pada 9.30 malam selepas suami mangsa berusia dalam lingkungan 30-an menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan kematian itu.

Lelaki itu kini direman hingga 22 Okt ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved