SEREMBAN - Tekanan pada bahagian leher didapati sebagai punca kematian pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Nilai, Khamis lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, keputusan awal itu hasil bedah siasat selama hampir lima jam bermula jam 9.40 pagi Sabtu di Hospital Tuanku Ja’afar di sini.
"Pemeriksaan turut menemukan tiga kesan tikaman menggunakan senjata tajam iaitu dua di perut dan satu di pipi kanan,” katanya dalam kenyataan.
ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suami
Polis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suami
Pegawai kerajaan mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsa
Perselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - Polis
Pegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampas
Wanita berusia 30-an itu ditemukan maut selepas disyaki ditikam suaminya di kuarters berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.
Alzafny sebelum ini berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian pada jam 9.30 malam selepas suami mangsa berusia dalam lingkungan 30-an menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan kematian itu.
Lelaki itu kini direman hingga 22 Oktober ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama





