Kes Bunuh Zulfarhan: 6 Bekas Pelajar UPNM Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati

23 Jul 2024 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mahkamah Rayuan mendapati bahawa enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) didapati bersalah atas tuduhan membunuh kadet tentera laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu. Ia sekaligus membuatkan mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Hakim Hadhariah Syed Ismail, yang mempengerusikan panel tiga anggota, berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah mengemukakan bukti tanpa keraguan munasabah terhadap pertuduhan pembunuhan terhadap Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Sofi, Najib Razi, Afif Najmudin Azahat, Shobirin Sabri dan Hakeem Ali.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas menerima rayuan pihak pendakwaan dan mengenepikan hukuman penjara 18 tahun terhadap keenam-enam tertuduh.

image is not available

Untuk rekod, kesemua tertuduh bersalah atas pertuduhan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan tanpa niat membunuh, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.

image is not available

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Difahamkan, Zulfarhan diperlakukan sebegitu adalah untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba dan Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Sumber : FMT, Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.