Kes Culik: Polis Tahan Suami Pamela Ling

LocalPolitics
15 May 2025 • 8:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rusdi Mohd Isa - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Polis menahan suami kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh yang disyaki antara suspek kes penculikan wanita itu di ibu negara, awal pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya telah membawa suspek ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman, namun permohonan itu ditolak.

"Ketika ini suspek masih dalam tahanan untuk membantu siasatan berhubung kes penculikan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi sebelum ini berkata polis kemungkinan akan merekodkan keterangan tiga anak Pamela serta beberapa individu lain di Singapura bagi membantu siasatan.

Pada 9 April lepas Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke lou Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan.

Polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang, pada hari yang sama. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved