Kes dadah juruterbang: Biar JSJN selesai siasatan

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 4:44 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kes dadah juruterbang: Biar JSJN selesai siasatan

PUTRAJAYA: Kerajaan menunggu siasatan kes lengkap terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan sama ada akan mengekstradisi seorang juruterbang warga Malaysia yang ditahan di Indonesia berkait kes dadah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menyerahkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan untuk menyempurnakan siasatan dan mendapatkan maklumat berkaitan sebelum hala tuju seterusnya ditentukan.

“Saya telah diberi taklimat dari masa ke masa oleh Pengarah Narkotik Bukit Aman, termasuk butiran di mana pasukan narkotik kita yang menemubual subjek di sana.

“Saya cenderung untuk mengatakan bahawa biar bahagian narkotik menyempurnakan dulu sebelum menentukan hala tuju ke depan nanti, termasuklah soalan sama ada kita nak bawa dia balik dan sebagainya,” katanya.

Saifuddin berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, buat masa ini juruterbang yang ditahan di negara terbabit tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan.

Jelasnya, keutamaan pihak berkuasa ketika ini adalah mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada suspek bagi mengenal pasti corak kegiatan yang dilakukannya.

“Jadi pada kita sekarang adalah untuk mendapat sebanyak mungkin maklumat daripada subjek untuk kita mengetahui tentang pattern, apakah ia merupakan sebahagian daripada elemen ‘organized crime’ atau pun ia merupakan tindakan-tindakan persendirian dan sebagainya. Kita kena ‘establish’ semua fakta itu sebelum menentukan hala tuju seterusnya,” katanya.

Pada 13 Ogos lalu, media melaporkan, pasukan penyiasat Malaysia telah diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan di Jakarta berkaitan kes penyeludupan dadah, bulan lepas. – UTUSAN

The post Kes dadah juruterbang: Biar JSJN selesai siasatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved