Saksi penting, Hedayah dicari bantu siasatan kes dadah

18 Aug 2026 • 9:33 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saksi penting, Hedayah dicari bantu siasatan kes dadah

KAJANG – Polis Daerah Kajang meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita yang dipercayai merupakan saksi penting dalam siasatan kes mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, saksi berkenaan dikenal pasti sebagai Hedayah Abdul Majid Hafidzin, 48, dan merupakan warganegara Malaysia.

Menurutnya, alamat terakhir wanita itu ialah di No. 12, Blok E, Jalan Camar, Taman Perling, Johor Bahru, Johor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222.

Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Iqbal bin Norman di talian 016-8021567. – KOSMO! ONLINE

The post Saksi penting, Hedayah dicari bantu siasatan kes dadah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved