Kes gaduh di restoran, tiga individu ditahan

LocalPolitics
23 Aug 2024 • 9:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian.

SEREMBAN - Tiga lelaki ditahan berhubung kes pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Tok Ungku di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kesemua lelaki berusia 17, 18 dan 20 tahun itu ditahan jam 12.40 tengah hari di sekitar daerah ini.

"Pada Ahad lalu jam lebih kurang 11 malam, satu kejadian gaduh telah berlaku di restoran terbabit yang turut tular di media sosial.

"Bertindak atas itu, polis berjaya menangkap tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes terbabit di sekitar kawasan Seremban," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dengan tangkapan suspek, polis percaya telah dapat menyelesaikan kes itu.

Sebelum ini media melaporkan, bermula dengan pertengkaran mulut akhirnya telah membawa kepada pergaduhan yang menyebabkan seorang cedera dalam kejadian berkenaan.

Semasa mangsa berada di sebuah restoran itu, dia telah dipukul oleh dua rakannya dengan menggunakan tangan dan kerusi di bahagian badan dan kepala.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved