Kes Irene Sofiya: Polis Johor sahkan suspek didakwa mengikut Seksyen 302

15 Oct 2026 • 11:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kertas siasatan kes kematian remaja perempuan, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat telah dilengkapkan dan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Suspek merupakan kanak-kanak

Menurut kenyataan Polis Johor, kertas siasatan berkenaan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara melalui Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor pada 12 Oktober 2026.

Difahamkan, arahan telah diberikan supaya suspek didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh, dibaca bersama Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan suspek merupakan kanak-kanak ketika kejadian berlaku.

Pertuduhan terhadap suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 15 Oktober 2026.

Image from: Kes Irene Sofiya: Polis Johor sahkan suspek didakwa mengikut Seksyen 302

Kesalahan dibawah Seksyen 302

Polis Johor turut menjelaskan bahawa jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, hukuman yang diperuntukkan ialah hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun.

Sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ab Rahaman bin Arsad menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang komen yang boleh mengganggu proses perbicaraan.

Image from: Kes Irene Sofiya: Polis Johor sahkan suspek didakwa mengikut Seksyen 302

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi talian hotline Polis Johor di 019-2792095 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di 07-2212999.

Sumber: Facebook Polis Johor

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved