Kes kecurian petrol akibat kos sara hidup meningkat di UK

WorldBusiness & Finance
5 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kes kecurian petrol akibat kos sara hidup meningkat di UK

LONDON: Kes kecurian bahan api di stesen-stesen minyak se­makin meningkat yang disebabkan krisis kos sara hidup di Uni­ted Kingdom (UK).

Analisis oleh syarikat tek­nologi dan analitik, Forecourt Eye mendapati,  nilai bahan api yang dicuri meningkat sebanyak 48 peratus antara Februari hingga Julai kepada anggaran purata harian £194,000 (RM1.06 juta) di 8,359 stesen minyak di UK.

Ia juga mendapati bahawa kes kenderaan mengisi minyak tanpa membuat bayaran meningkat sebanyak 20 peratus dalam tempoh lima bulan sejak bermulanya perang Iran.

Peratusan itu meningkat berbanding lima bulan sebelumnya.

Setiausaha Tenaga baharu da­lam pentadbiran Perdana Menteri, Andy Burnham daripada parti Buruh mengaitkan isu berkenaan de­ngan krisis kos sara hidup di UK.

Miatta Fahnbulleh  pada Selasa diasak berhubung peningkatan mendadak kes kecurian di premis stesen minyak.

Beliau membayangkan bahawa fenomena itu sekurang-kurangnya berpunca daripada kenaikan harga oleh syarikat tenaga sekali gus mencetuskan kecaman daripada Timbalan Pe­mimpin parti Reform UK, Richard Tice yang menuduh parti Bu­ruh berlembut terhadap jenayah.

“Kami amat menyedari isu ini dan ia merupakan perkara yang sedang kami usahakan bersama Kementerian Dalam Negeri yang akhirnya akan mengendalikan kes jenayah dan sebarang bentuk kecurian. 

“Namun, ia mencerminkan hakikat bahawa rakyat kini berada dalam tekanan amat mendalam berikutan kos tenaga dan bahan api.

“Kami sedang memantau harga bahan api. Kami memahami bahawa kos bahan api ketika ini terlalu mahal dan orang ramai amat bimbang mengenainya,” kata Fahnbulleh semasa disoal berhubung angka berkenaan dalam rancangan radio LBC oleh penyampai Nick Ferrari. – AGENSI

The post Kes kecurian petrol akibat kos sara hidup meningkat di UK appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved