
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Penyanyi rap tempatan, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee menafikan dirinya melarikan diri.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, Namewee berkata dia telahpun menyerah diri di sebuah balai polis di Kuala Lumpur semalam (4 November) sebaik tiba di sana dari Johor Bahru.
“Saya baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru, saya telahpun membuat temu janji dengan polis untuk membuat laporan di balai polis,” katanya.
Namewee tak lari, akan bantu siasatan polis
Menurut Namewee, dia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kematian influencer wanita warga Taiwan, Hsieh Yu-hsin atau lebih dikenali sebagai Iris Hsieh.
“Saya akan membantu sepenuhnya siasatan polis bagi memberi penjelasan kepada orang ramai dan keluarga si mati.
“Saya tidak akan lari, saya tidak pernah cuba larikan diri,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Kes kematian Irish Hsieh diklasifikasi semula sebagai mati mengejut
Terdahulu, polis menglasifikasikan semula kes kematian Hsieh pada 22 Oktober lalu yang ditemui mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kes itu sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini menjadi kes bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, ketika kejadian, Namewee didakwa turut berada dalam bilik yang sama. Susulan itu, dia akan ditahan semula bagi membantu siasatan.
Malah, pada hari yang sama, Namewee juga ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menggunakan dadah di sebuah hotel di ibu negara.
Dia kemudiannya didakwa di mahkamah atas pertuduhan memiliki dan memberikan dadah bahaya ke dalam badannya sekitar dua minggu lalu.
Namewee bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca secara berasingan dalam dua prosiding berbeza pada 24 Oktober.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Namewee Di Hotel, Disyaki Miliki & Ambil Dadah
Baca Artikel Berkaitan: Influencer Wanita Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel Bersama Namewee, Polis Klasifikasikan Sebagai Kes Bunuh

