
Kes kematian kucing di Universiti Malaya (UM) berjaya mendapat perhatian ramai.
Terbaharu, menerusi laporan penuh analisis bedah siasat yang dikongsi oleh aktivis haiwan, Shima Aris mendedahkan bahawa luka di kaki kucing putih itu dipercayai daripada kesan objek tajam.
Laporan tersebut dikongsi selepas Sidang Media Khas Kes Pembunuhan Kucing yang diadakan di 10 Business Centre - Kayu Ara.
Malah, menerusi perkongsian tersebut, Shima turut meluahkan rasa kesal apabila tidak sempat menyelamatkan kucing tersebut.
“Saya minta maaf kami mendapat anda terlambat. Harap maklum bahawa anda dan rakan-rakan anda yang terkorban berada dalam fikiran kami dan kami. Tiada patah tulang dicatatkan pada badan yang satu lagi,” ujarnya.


