Kes kematian pelajar 14 tahun: 92 saksi dirakam keterangan bantu siasatan

22 Aug 2026 • 7:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes kematian pelajar 14 tahun: 92 saksi dirakam keterangan bantu siasatan
Polis telah merakamkan keterangan 92 saksi bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Polis telah merakamkan keterangan 92 saksi bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Setapak di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju susulan laporan polis kedua yang dibuat oleh ibu pelajar itu, sehari selepas kejadian terbabit.

"Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Fadil turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Baldev Singh Gurdial Singh melalui talian 0392899222 atau 0124806062 bagi membantu siasatan.

Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur 0321159999 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved