92 saksi dirakam keterangan kes kematian pelajar 14 tahun

22 Aug 2026 • 7:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 92 saksi dirakam keterangan kes kematian pelajar 14 tahun

KUALA LUMPUR – Polis merakam keterangan 92 saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Jalan Langkawi, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ibu mangsa yang memaklumkan kejadian itu kira-kira pukul 1.59 pagi.

Katanya, mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 2.25 pagi.

“Bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian dimaklumkan oleh Pegawai Perubatan Forensik HKL. Satu laporan mati mengejut telah dibuka oleh Ketua Polis Balai Setapak berhubung kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, mangsa merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur.

Jelasnya, polis turut menerima satu lagi laporan daripada ibu mangsa pada pukul 7.49 malam, Rabu lalu dan siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

“Setakat ini, sebanyak 92 keterangan saksi telah dirakam bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Baldev Singh Gurdial Singh di talian 03-9289 9222 atau 012-4806062.

Maklumat juga boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

The post 92 saksi dirakam keterangan kes kematian pelajar 14 tahun appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved