Kes kematian Rocky dirujuk kepada TPR

5 Aug 2026 • 5:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kes kematian Rocky dirujuk kepada TPR

KLANG – Kertas siasatan berhubung kes kematian anjing dikenali Rocky dalam operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah sebelum ini telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) semalam.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey dengan pihaknya sedang menunggu arahan lanjut daripada TPR.

“Kertas siasatan kes Rocky telah dirujuk ke TPR semalam. Tunggu arahan lanjut,” katanya ringkas hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kes kematian itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan membunuh haiwan.

Kes kematian anjing berkenaan mendapat perhatian ramai sehingga mencetuskan himpunan aman bertemakan ‘Justice for Rocky’ di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada malam kelmarin.

Insiden itu berlaku ketika operasi menangkap anjing liar oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sebelum bertukar kecoh selepas seorang individu didakwa bertindak agresif dengan mengugut menggunakan pisau selain menghalang anggota penguat kuasa menjalankan tugas.

Datuk Bandar MBDK, Datuk Abd. Hamid Hussain sebelum ini menegaskan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berlaku dalam operasi berkenaan.

Menurut beliau, kejadian itu berpunca daripada tindakan individu yang mendakwa sebagai pemilik anjing terbabit yang cuba mengambil semula haiwan berkenaan sehingga mengganggu kelancaran operasi tangkapan tersebut.-KOSMO! ONLINE

The post Kes kematian Rocky dirujuk kepada TPR appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved