Kertas Siasatan Kes Anjing Mati Semasa Operasi Dirujuk Kepada Timbalan Pendakwaraya

5 Aug 2026 • 7:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kertas Siasatan Kes Anjing Mati Semasa Operasi Dirujuk Kepada Timbalan Pendakwaraya

Kertas Siasatan Kes Anjing Mati Semasa Operasi Dirujuk Kepada Timbalan Pendakwaraya

SHAH ALAM, 5 Ogos (Bernama) -- Kertas siasatan berhubung kes kematian seekor anjing semasa operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang dekat sini telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata pihaknya kini sedang menunggu arahan selanjutnya.

Baca juga:

“Kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya semalam. Tunggu arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Lim dilaporkan berkata kertas siasatan berhubung insiden yang berlaku ketika operasi tangkapan anjing liar oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang dengan kerjasama penduduk setempat telah dibuka di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved