Kes kematian wanita Taiwan di hotel diklasifikasi semula sebagai bunuh

LocalPolitics
4 Nov 2025 • 3:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 NOV: Polis mengklasifikasikan semula kes kematian wanita warga Taiwan berusia 31 tahun yang ditemui dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini 22 Oktober lalu sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, kes yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kes berkenaan kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika kejadian, seorang penyanyi turut berada di dalam bilik hotel berkenaan dan kemudiannya ditahan selepas disyaki memiliki serta menggunakan dadah.

“Susulan pertukaran klasifikasi kes kepada siasatan kes bunuh, suspek akan ditahan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam kejadian 1.40 tengah hari itu, mangsa Hsieh Yun Hsin ditemui terbaring dalam tab mandi bilik hotel berkenaan.

Mangsa yang aktif di media sosial dilaporkan tiba di Malaysia pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1). Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved