
KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan mayat sepasang suami isteri yang ditemui dalam sebuah rumah di Kampung Belau, Merbok di Sungai Petani malam tadi didapati terpisah kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Hanyan Ramlan berkata suami isteri itu dikenali sebagai Zikri Abdul Rahman, 65, dan isterinya, Suraya Man, 53, manakala anak lelaki wanita terbabit dikenali sebagai Muhammad Shakir Zufayri Abdul Aziz, 29.
Hanyan berkata mayat pasangan suami isteri itu ditemui tidak sempurna dan dibungkus di dalam karpet dan kain di dapur rumah sementara mayat anak lelaki mereka yang berusia 29 tahun pula ditemui di bilik bahagian atas rumah dua tingkat itu dengan kesan kelar di leher.
"Polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 12.30 malam tadi yang memaklumkan bahawa pasangan suami isteri yang menghuni rumah terbabit sudah tiga hari tidak kelihatan selain terhidu bau busuk sekitar kawasan rumah.
"Siasatan di tempat mendapati rumah tersebut berada dalam keadaan gelap dan ada bau busuk yang kuat manakala pintu berkunci dari dalam.
"Kita terpaksa pecah masuk dan menemui dua mayat, pasangan suami isteri, yang berbungkus dan ditutupi dengan karpet serta pakaian, di kawasan dapur rumah itu.
"Terdapat percikan darah pada kawasan ruang tamu malah terdapat tanda percubaan untuk melupuskan mayat kerana terdapat kesan di ruang tamu yang sudah dibersihkan," katanya pada sidang media di Balai Polis Merbok, di sini, hari ini, lapor BH.
Jelas Hanyan, berdasarkan keadaan mayat pasangan suami isteri itu yang membengkak dan berbau, kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia lebih 48 jam.
Beliau berkata, pihaknya percaya berlaku pembunuhan di kawasan lain dan diletakkan di rumah itu.
"Mayat suami isteri itu dalam keadaan terpisah kepala, kepala dibungkus dan diletakkan di sisi, manakala ada anggota badan mangsa wanita yang telah dipotong, dipercayai untuk dilupuskan.
"Selain itu polis turut menemui beberapa senjata tajam dikumpulkan dalam bekas yang dikumpulkan berdekatan mayat ketiga, " katanya yang percaya kejadian berlaku antara jam 8 malam, Isnin lalu sehingga penemuan mayat tengah malam tadi.
Hanyan berkata, siasatan awal mendapati kes menjurus kepada perbuatan bunuh dan suspek juga dipercayai sudah meninggal dunia.
"Maklumat yang diperolehi menyatakan bahawa lelaki berusia 29 tahun itu pernah mengalami gangguan mental pada tahun 2018 ke 2019, namun tidak pernah mengganggu masyarakat sekeliling.
"Seorang lagi anak mangsa wanita yang berkerja sebagai tentera, baru sahaja kembali ke rumahnya di Johor, Isnin lalu, selepas pulang beraya di situ," katanya.
"Kesemua mayat berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan mayat sepasang suami isteri yang ditemui dalam sebuah rumah di Kampung Belau, Merbok di Sungai Petani malam tadi didapati terpisah kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata suami isteri itu dikenali sebagai Zikri Abdul Rahman, 65, dan isterinya, Suraya Man, 53, manakala anak lelaki wanita terbabit dikenali sebagai Muhammad Shakir Zufayri Abdul Aziz, 29.
Hanyan berkata mayat pasangan suami isteri itu ditemui tidak sempurna dan dibungkus di dalam karpet dan kain di dapur rumah sementara mayat anak lelaki mereka yang berusia 29 tahun pula ditemui di bilik bahagian atas rumah dua tingkat itu dengan kesan kelar di leher.
"Polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 12.30 malam tadi yang memaklumkan bahawa pasangan suami isteri yang menghuni rumah terbabit sudah tiga hari tidak kelihatan selain terhidu bau busuk sekitar kawasan rumah.
"Siasatan di tempat mendapati rumah tersebut berada dalam keadaan gelap dan ada bau busuk yang kuat manakala pintu berkunci dari dalam.
"Kita terpaksa pecah masuk dan menemui dua mayat, pasangan suami isteri, yang berbungkus dan ditutupi dengan karpet serta pakaian, di kawasan dapur rumah itu.
"Terdapat percikan darah pada kawasan ruang tamu malah terdapat tanda percubaan untuk melupuskan mayat kerana terdapat kesan di ruang tamu yang sudah dibersihkan, " katanya pada sidang media di Balai Polis Merbok, di sini, hari ini, lapor BH.
Jelas Hanyan, berdasarkan keadaan mayat pasangan suami isteri itu yang membengkak dan berbau, kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia lebih 48 jam.
Beliau berkata, pihaknya percaya berlaku pembunuhan di kawasan lain dan diletakkan di rumah itu.
"Mayat suami isteri itu dalam keadaan terpisah kepala, kepala dibungkus dan diletakkan di sisi, manakala ada anggota badan mangsa wanita yang telah dipotong, dipercayai untuk dilupuskan.
"Selain itu polis turut menemui beberapa senjata tajam dikumpulkan dalam bekas yang dikumpulkan berdekatan mayat ketiga, " katanya yang percaya kejadian berlaku antara jam 8 malam, Isnin lalu sehingga penemuan mayat tengah malam tadi.
Hanyan berkata, siasatan awal mendapati kes menjurus kepada perbuatan bunuh dan suspek juga dipercayai sudah meninggal dunia.
"Maklumat yang diperolehi menyatakan bahawa lelaki berusia 29 tahun itu pernah mengalami gangguan mental pada tahun 2018 ke 2019, namun tidak pernah mengganggu masyarakat sekeliling.
"Seorang lagi anak mangsa wanita yang berkerja sebagai tentera, baru sahaja kembali ke rumahnya di Johor, Isnin lalu, selepas pulang beraya di situ," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Hanyan berkata lima saksi sudah dipanggil setakat ini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. - 26 Mac, 2026
The post Kes mayat 3 beranak: Suami isteri dipenggal, anak dikelar appeared first on Scoop.


